High Value Corporate Training

Kursus Asas HR 101

Dalam kursus ini, anda akan mempelajari strategi dan teknik untuk mengoptimumkan pengurusan sumber manusia dari peringkat pengambilan pekerja hingga penamatan perkhidmatan.

Dipercayai Oleh:

Maklumat Kursus

Kursus ini direka untuk pengurus sumber manusia, penyelia, dan individu yang terlibat dalam pengurusan pekerja.

Peserta akan mempelajari aspek-aspek penting dalam kitaran hayat pekerjaan, termasuk pengambilan pekerja, pengurusan manfaat, latihan dan pembangunan, pengurusan disiplin, dan penamatan perkhidmatan.

Kursus ini akan memberikan panduan praktikal dan komprehensif untuk menguruskan pekerja dengan berkesan dan mematuhi undang-undang yang berkaitan.

Selesai kursus ini:

  • Memahami cara pengambilan pekerja yang berkesan untuk meningkatkan prestasi syarikat
  • Mengetahui kepentingan polisi, manfaat wajib, dan pematuhan akta berkaitan dalam pengurusan manfaat
  • Mempelajari pengurusan prestasi pekerja tetap, kontrak, dan dalam percubaan
  • Memahami proses wajib bagi pengurusan salah laku
  • Mengetahui cara menguruskan perletakan jawatan, pemecatan, dan kesan kewangan akibat pemecatan yang salah

1 hari bermula 10 pagi sehingga 4 petang.

Kami akan menggunakan kaedah:

  • Kuliah dan pembentangan
  • Perbincangan kumpulan
  • Latihan praktikal
  • Simulasi

Setiap sesi boleh memuatkan sehingga 25 orang peserta sahaja.

Kursus ini sesuai untuk:

  • Pengurus sumber manusia
  • Ketua jabatan
  • Penyelia yang terlibat dalam proses pengambilan pekerja
  • Individu yang berminat dalam bidang sumber manusia dan pengambilan pekerjasi atau syarikat

Modul 1: Pengambilan Pekerja

  • Strategi pengambilan pekerja untuk meningkatkan prestasi syarikat
  • Proses pemilihan dan temuduga yang berkesan
  • Pengurusan onboarding untuk pekerja baharu


Modul 2: Pengurusan Manfaat

  • Kepentingan polisi dalam pengurusan manfaat
  • Manfaat wajib di bawah undang-undang
  • Pematuhan akta berkaitan dalam penyediaan manfaat


Modul 3: Latihan dan Pembangunan

  • Pengurusan prestasi pekerja tetap, kontrak, dan dalam percubaan
  • Mengenal pasti keperluan latihan dan pembangunan
  • Pelaksanaan program latihan yang berkesan


Modul 4: Pengurusan Disiplin – Salah Laku

  • Proses wajib bagi pengurusan salah laku
  • Siasatan dalaman dan prosedur disiplin
  • Tindakan disiplin yang adil dan konsisten


Modul 5: Penamatan Perkhidmatan

  • Pengurusan perletakan jawatan dan abandonment of employment
  • Pemecatan kerana salah laku atau prestasi rendah
  • Kesan kewangan akibat pemecatan yang salah
  • Amalan terbaik dalam pengendalian penamatan perkhidmatan

Yuran kursus ini RM3,000.

Ada 2 kaedah pembayaran:

  1. Menggunakan dana sendiri
  2. Menggunakan caruman HRDC anda

Tuan Firdaus Jailan merupakan seorang strategis perniagaan dan pempengaruh bisnes.

Beliau dikenali melalui perkongsian tentang ilmu perniagaan yang praktikal dan mudah dilaksanakan.

Beliau juga merupakan pengasas syarikat ABS Digital Media Sdn Bhd, ABS Urus Sdn Bhd, ABS Comp Sdn Bhd & ABS Training Sdn Bhd.

Firdaus Jailan dikenali atas pendekatan perniagaannya yang jujur dan terus terang.

Klik sini untuk trainer profile yang lebih lengkap.

Contact

Hubungi Kami

Klik Di Bawah Untuk Contact Kami

Klik sini untuk team kami bantu.
Ada soalan?
Oleh: ABS Digital
Hai! Ada sebarang soalan? Klik butang hijau di bawah: