High Value Corporate Training

Kursus Membuang Pekerja Toksik

Dalam kursus ini, anda akan belajar cara mengenal pasti pekerja toksik, menilai kesan , dan mengambil tindakan yang sesuai untuk membuang pekerja toksik sambil mengekalkan persekitaran kerja yang sihat dan produktif.

Dipercayai Oleh:

Maklumat Kursus

Kursus ini bertujuan untuk membantu pengurus, penyelia, dan profesional sumber manusia memahami kesan buruk pekerja toksik terhadap persekitaran kerja dan mempelajari strategi untuk menangani dan membuang pekerja toksik secara profesional dan berkesan.

Peserta akan mempelajari ciri-ciri pekerja toksik, kesan mereka terhadap produktiviti dan moral pasukan, serta langkah-langkah untuk mengurus dan membuang pekerja toksik dengan mematuhi undang-undang dan amalan terbaik industri.

Selesai kursus ini:

  • Memahami ciri-ciri dan tingkah laku pekerja toksik
  • Menilai kesan pekerja toksik terhadap produktiviti, moral, dan budaya organisasi
  • Mempelajari strategi untuk mendokumentasikan tingkah laku toksik dan memberi maklum balas konstruktif
  • Memahami proses dan pertimbangan undang-undang dalam membuang pekerja toksik
  • Mempelajari teknik untuk berkomunikasi dengan pekerja toksik secara profesional dan menguruskan proses pembuangan

2 hari bermula 9 pagi sehingga 5 petang.

Kami akan menggunakan kaedah:

  • Kuliah dan pembentangan
  • Perbincangan kumpulan
  • Latihan praktikal
  • Simulasi

Setiap sesi boleh memuatkan sehingga 25 orang peserta sahaja.

Kursus ini sesuai untuk:

  • Pengurus sumber manusia
  • Ketua jabatan
  • Penyelia yang terlibat dalam proses pengambilan pekerja
  • Individu yang berminat dalam bidang sumber manusia dan pengambilan pekerjasi atau syarikat

Modul 1: Pengenalan dan Objektif Tindakan Disiplin

  • Pengenalan kepada penamatan perkhidmatan pekerja
  • Objektif dan kepentingan tindakan disiplin dalam organisasi


Modul 2: Notis Penamatan Perkhidmatan dan Kategori Pekerja

  • Memahami notis penamatan perkhidmatan
  • Kategori pekerja dan implikasinya terhadap penamatan perkhidmatan


Modul 3: Penamatan Perkhidmatan – Pekerja Kontrak, Kematian, dan Persaraan

  • Prosedur penamatan perkhidmatan untuk pekerja kontrak
  • Pengendalian penamatan perkhidmatan disebabkan kematian dan persaraan


Modul 4: Penamatan Perkhidmatan – Pengabaian Pekerjaan, Prestasi Lemah, dan Salah Laku

  • Langkah-langkah untuk penamatan perkhidmatan disebabkan pengabaian pekerjaan
  • Prosedur penamatan perkhidmatan disebabkan prestasi lemah
  • Pengendalian penamatan perkhidmatan disebabkan salah laku


Modul 5: Penamatan Perkhidmatan – Redundancy, VSS, dan MSS

  • Memahami konsep redundancy dan langkah-langkah pengendaliannya
  • Voluntary Separation Scheme (VSS) dan Mutual Separation Scheme (MSS)

Yuran kursus ini RM9,000.

Ada 2 kaedah pembayaran:

  1. Menggunakan dana sendiri
  2. Menggunakan caruman HRDC anda

Tuan Firdaus Jailan merupakan seorang strategis perniagaan dan pempengaruh bisnes.

Beliau dikenali melalui perkongsian tentang ilmu perniagaan yang praktikal dan mudah dilaksanakan.

Beliau juga merupakan pengasas syarikat ABS Digital Media Sdn Bhd, ABS Urus Sdn Bhd, ABS Comp Sdn Bhd & ABS Training Sdn Bhd.

Firdaus Jailan dikenali atas pendekatan perniagaannya yang jujur dan terus terang.

Klik sini untuk trainer profile yang lebih lengkap.

Contact

Hubungi Kami

Klik Di Bawah Untuk Contact Kami

Klik sini untuk team kami bantu.
Ada soalan?
Oleh: ABS Digital
Hai! Ada sebarang soalan? Klik butang hijau di bawah: