High Value Corporate Training

Kursus TikTok Shop

Dalam kursus ini, anda akan belajar bagaimana menggunakan TikTok Shop secara berkesan untuk meningkatkan jualan dan mengembangkan perniagaan dalam talian anda.

Dipercayai Oleh:

Maklumat Kursus

Kursus ini direka untuk membantu peserta memahami dan memanfaatkan platform TikTok Shop sebagai saluran e-dagang yang berpotensi. 

Peserta akan mempelajari asas-asas TikTok Shop, cara membuka akaun, menyenaraikan produk, memasarkan, menggunakan ciri TikTok Shop Live, dan mengurus tempahan serta pengeluaran jualan.

Selesai kursus ini:

  • Memahami potensi dan peluang TikTok Shop sebagai platform e-dagang
  • Membuka dan mengoptimumkan akaun TikTok Shop
  • Menyenaraikan produk dengan copywriting dan reka bentuk yang menarik
  • Memanfaatkan alat pemasaran TikTok Shop untuk meningkatkan visibiliti dan jualan
  • Menggunakan ciri TikTok Shop Live untuk mempromosikan produk secara langsung
  • Mengurus tempahan dan pengeluaran jualan dengan cekap

1 hari bermula 10 pagi sehingga 4 petang.

Kami akan menggunakan kaedah:

  • Kuliah
  • Perbincangan kumpulan
  • Demo & Simulasi

Setiap sesi boleh memuatkan sehingga 25 orang peserta sahaja.

Kursus ini sesuai untuk:

  • Pemasar digital yang ingin mempelbagaikan portfolio kempen media sosial mereka
  • Pemilik perniagaan yang ingin meningkatkan visibiliti jenama dan menjana leads melalui TikTok
  • Pengurus jenama yang ingin meneroka platform TikTok sebagai saluran pemasaran baharu
  • Agensi pemasaran digital yang ingin menawarkan perkhidmatan TikTok Ads kepada pelanggan mereka
  • Sesiapa sahaja yang berminat untuk mempelajari strategi dan taktik pemasaran menggunakan TikTok Ads

Modul 1: Pengenalan TikTok Shop

  • Apa itu TikTok Shop?
  • Potensi dan peluang TikTok Shop
  • Perbezaan TikTok Shop dan Shopee
  • Kelebihan TikTok Shop


Modul 2: Membuka Akaun TikTok Shop

  • Membuka akaun TikTok Shop
  • Menghubungkan akaun TikTok Shop dengan TikTok Business
  • Mengemaskini akaun TikTok Shop
  • Apa itu Shop Health?


Modul 3: Menyenaraikan Produk dalam TikTok Shop

  • Memuat naik produk ke TikTok Shop
  • Menulis copywriting tajuk dengan AI
  • Menulis perihalan dengan AI
  • Mereka bentuk poster produk untuk TikTok Shop
  • Menetapkan senarai produk TikTok Shop


Modul 4: Pemasaran untuk TikTok Shop

  • Promosi TikTok Shop
  • Pusat Pertumbuhan TikTok Shop
  • Afiliasi TikTok Shop
  • Pasaran Pencipta E-Dagang


Modul 5: TikTok Shop Live

  • Apa itu TikTok Shop Live?
  • Bentuk TikTok Shop Live
  • Persediaan untuk TikTok Shop Live
  • Cara mudah menyediakan TikTok Shop Live
  • Skrip bercakap TikTok Shop Live dengan AI
  • Petua untuk TikTok Shop Live


Modul 6: Mengurus Tempahan & Pengeluaran Jualan

  • Cara menguruskan tempahan di TikTok Shop
  • Cara mengeluarkan jualan di TikTok Shop


Modul 7: Amalan Terbaik & Penutup

  • Amalan terbaik
  • Pantang larang TikTok Shop
  • Penutup

Yuran kursus ini RM4,500.

Ada 2 kaedah pembayaran:

  1. Menggunakan dana sendiri
  2. Menggunakan caruman HRDC anda

Contact

Hubungi Kami

Klik Di Bawah Untuk Contact Kami

Klik sini untuk team kami bantu.
Ada soalan?
Oleh: ABS Digital
Hai! Ada sebarang soalan? Klik butang hijau di bawah: