TEAM BUILDING
COMMUNICATION & LEADERSHIP

Ramai salah faham antara Team Building dan Team Bonding.

Kebanyakan aktiviti sedia ada adalah aktiviti Team Bonding. Objektifnya hanya mengeratkan hubungan dalam kumpulan.

Sedangkan, objektif Team Building adalah meningkatkan skill ahli kumpulan untuk bekerja secara efektif dalam kumpulan.

Supaya lebih mudah faham, apabila selesai aktiviti Team Building, setiap ahli pasukan membawa pulang beberapa skill atau teknik yan boleh digunakan secara langsung di tempat kerja.

Tiga strategi utama

Bagi memastikan team building dapat memberikan impak kepada pasukan organisasi anda, kami akan menggunakan 3 strategi yang sudah terbukti berkesan.

Strategi Ganjaran Sosial

Strategi menggunakan ganjaran sosial bagi menaikkan lagi prestasi dan produktiviti staff tanpa menaikkan kos.

Strategi Sumber Motivasi

Menaikkan suasana positif di tempat kerja dengan dorongan dan inspirasi.

Strategi Komunikasi

Memperbaiki komunikasi interpersonal sesama staff, dengan itu mengurangkan human problems sesama mereka.

4 Objektif Utama Team Building ABS.

Objektif dan hasil yang kami sasarkan untuk bantu pasukan anda berkembang menjadi sebuah pasukan yang lebih baik adalah seperti berikut:

Job Satisfication

Menaikkan job satisfaction semua staff dengan menaikkan rasa seronok dan gembira staff bekerja di bawah pimpinan Tuan Pengarah.

Sokongan Staff

Menaikkan sokongan staff dalam membantu Ketua Syarikat mencapai target tahunan syarikat.

Semangat Tolong Menolong

Menaikkan semangat tolong menolong dan bantu membantu sesama staff dalam menjalankan tugas mereka.

Minimumkan Human Problems

Mengurangkan ‘human problems’ di tempat kerja.

Durasi & Lokasi Team Building ABS

Tempoh dan lokasi yang kami pilih lebih kepada suasana yang semulajadi dan bersatu dengan alam. Peserta tidak bosan dan menikmati aktiviti yang kami sediakan.

Tempoh

3 Hari 2 Malam

Lokasi

Asia Camp, Taman Negara, Pahang.

Minimum Pax

Min. 10 Peserta

Team Building ABS di AsiaCamp Taman Negara

AsiaCamp merupakan premium partner kami yang akan menyediakan lokasi team building yang menenangkan dan menyamankan. Ibarat escape place untuk team anda.

3 Keunikan AsiaCamp

Majoriti yang datang sangat berpuas hati dengan suasana dan kemudahan yang kami sediakan. Semuanya untuk menyenangkan peserta.

Chalet

Chalet yang estetik dengan binaan material kayu yang berusia lebih 20 tahun. 

Suasana

Team anda boleh ‘feel the nature’ dan healing dengan view puncak gunung tahan.

View

Team anda boleh enjoy view Taman Negara yang sangat cantik dari Chalet.

Modul Team Building ABS

Banyak masalah organisasi dalam pasukan boleh diselesaikan dengan membetulkan cara kita berkomunikasi. 

Kebanyakan ahli pasukan kita walaupun mahir dengan kerjanya tetapi mereka belum tentu mahir dalam komunikasi. Boleh jadi mereka bertanya, memuji, menegur dengan teknik yang salah walaupun niat asalnya adalah baik.

Kesannya, lebih banyak buruk dari yang baik kerana teknik yang salah itu.

Modul 1: Teknik Memuji Dan Mengiktiraf

Kata-kata pujian dan pengiktirafan mampu menaikkan semangat kerja dan produktiviti individu yang dipuji, namun apabila pujian itu diucapkan dengan teknik yang salah, ia mencipta banyak kesan negatif yang counter-productive.

Konten modul teknik memuji:

  1. Jenis-jenis tingkah laku positif yang tidak perlu dipuji.
  2. Jenis-jenis tingkah laku positif yang perlu dipuji.
  3. Perkara baik yang tidak boleh dipuji.
  4. Perkara baik yang boleh dipuji.
  5. Teknik-teknik memuji yang salah.
  6. Teknik-teknik memuji yang betul.
  7. Kata-kata dan ayat pujian yang salah dan yang betul.
  8. Masa memuji yang salah dan masa yang betul.
  9. Memuji pekerja pangkat senior.
  10. Memuji pekerja junior.
  11. Panduan memuji secara terbuka.
  12. Panduan memuji secara privasi atau rahsia.
  13. Ciri pujian bagi mengukuhkan lagi sikap yang sudah betul dan baik.
  14. LATIHAN PRAKTIKAL.

Modul 2: Teknik Menegur Dan Membetulkan Kesilapan

Fitrah manusia suka dipuji dan tidak suka ditegur. Bagi mereka teguran dan nasihat adalah hukuman. 

Namun salah satu tugas hakiki pengurus adalah membetulkan kesilapan dan kesalahan orang-orang bawahan. 

Modul ini menerangkan teknik menegur yang efektif, pada waktu yang sama tidak merosakkan hubungan sekerja antara pengurus dan orang bawahannya.

Konten modul teknik menegur kesilapan:

  1. Ciri-ciri tingkah laku salah yang tidak perlu ditegur, boleh diabaikan sahaja.
  2. Ciri-ciri tingkah laku salah yang perlu ditegur serta-merta di tempat kejadian.
  3. Ciri-ciri tingkah laku salah yang ditegur supaya tingkah laku itu diberhentikan.
  4. Ciri-ciri tingkah laku salah yang ditegur supaya digantikan dengan tingkah laku yang betul.
  5. Ciri-ciri pada teknik teguran yang salah.
  6. Ciri-ciri pada teknik menegur betul dan berkesan.
  7. Kata-kata dan ayat teguran yang salah dan yang betul.
  8. Masa menegur yang salah dan masa yang betul.
  9. Teknik menegur dan mendamaikan dua orang pekerja senior yang berkonflik.
  10. Jenis-jenis kesilapan yang boleh ditegur secara terbuka.
  11. Jenis-jenis kesilapan yang hanya boleh ditegur secara tertutup.
  12. Prinsip satu hukuman untuk satu kesalahan.
  13. Prinsip seseorang itu tidak boleh dihukum atas kesalahan yang dilakukan oleh orang lain.
  14. LATIHAN PRAKTIKAL.

USP Dan Kelainan Modul

Semua aktiviti dalam modul ini adalah syariah-compliant, yakni tidak terdapat unsur yang dilarang dalam agama.

Contoh aktiviti yang tidak syariah-compliant:

Tidak Menjatuhkan Maruah

Tidak ada aktiviti di mana air muka dan maruah peserta dijatuhkan di depan khalayak seperti menegur, mengkritik, memarahi secara terbuka peserta yang melakukan kesilapan dan kesalahan.

Tidak Melanggar Hukum Agama

Tidak ada aktiviti yang melanggar hukum agama, seperti aktiviti meletakkan peserta perempuan di tempat gelap pada waktu malam tanpa ditemani oleh muhrimnya.

Tidak Mendedahkan Aib

Tidak ada aktiviti di mana peserta mendedahkan aibnya sendiri apatah lagi mendedahkan aib orang-orang lain, sebagai mana yang berlaku dalam aktiviti ‘recall’ ataupun ‘fishbowl’.

Tiada Hukuman Non Syariah Compliant

Tidak ada denda ataupun hukuman yang tidak syariah-compliant ke atas peserta. 

Contohnya, apabila satu orang peserta melakukan kesalahan maka seluruh anggota kumpulannya didenda ataupun dihukum lari keliling padang. 

Denda dan hukuman seperti itu melanggar prinsip dalam agama iaitu seseorang itu tidak menanggung dosa orang lain.

Aktiviti Outdoor Team Building ABS

Kami juga menyediakan pengalaman menarik untuk aktiviti siang dan malam.

Night Walk

Selama 1 jam, peserta akan berjalan kaki di atas “pathway” Taman Negara, melihat haiwan, serangga dan burung yang jarang atau sukar ditemui di tempat biasa.

Boat Trip to Lata Berkoh

Selama 2 jam, peserta dapat melihat Pokok Tualang berusia 700 tahun, beri makan Ikan Kelah dan mandi manda di Lata Berkoh sambil menikmati keindahan alam yang menyamankan.

Tentatif 3 Hari 2 Malam

Anda boleh rujuk tentatif yang kami sediakan untuk rujukan anda.

Tarikh/HariMasaPerkara
Hari Pertama4.00 pmCheck In
7.30 pmDinner
8.30 pmNight Walk
10.30 pmSupper
Hari Kedua7.30 amBreakfast
9.00 amModul 1: Teknik Memuji dan Mengiktiraf.
10.30 amMinum Pagi
10.45Modul 1: Teknik Memuji dan Mengiktiraf.
1.00 pmLunch
3.00 pmModul 2: Teknik Menegur dan Membetulkan Kesilapan.
4.15 pmMinum Petang
4.30 pmModul 2: Teknik Menegur dan Membetulkan Kesilapan.
7.30 pmDinner & BBQ
8.30 pmModul 3: Prinsip dalam melaksankan tugasan kerja.
10.00 pmSupper
Hari Ketiga7.30 amBreakfast
9.00 amBoat Trip to Lata Berkoh
12.00 pmCheck Out
12.30 pmLunch

Pakej Team Building Per Pax

Harga Untuk 1 Peserta

RM 900 Per Pax
  • AsiaCamp Resort, Taman Negara
  • 3 Hari 2 Malam
  • Min 10 Pax
  • Chalet Kayu & Estetik
  • Breakfast, Minum Pagi, Lunch, Minum Petang, Dinner, Supper
  • 1x BBQ
  • Modul 1: Teknik Memuji Dan Mengiktiraf​
  • Modul 2: Teknik Menegur Dan Membetulkan Kesilapan​
  • Modul 3: Akhlak Rasulullah Dalam Melaksanakan Tugasan Kerja
  • Night Walk
  • Boat Trip to Lata Berkoh​
  • Guide, Boat, Permit to Taman Negara.
  • Exclude: Camera License (RM5/Camera) - Aktiviti Luar.
  • Exclude: Travel Insurance.

Isi Borang Inquiry

1. Isi borang di bawah

2. Team kami akan hubungi anda untuk pengesahan

Team Building
💬 Ada Soalan? Whatsapp Kami.