Beliau adalah pengasas kepada jenama Misi Niaga yang menawarkan pelbagai perkhidmatan pemasaran digital seperti membina laman sesawang jualan, pengiklanan media sosial, latihan teknikal pengiklanan dan penjualan panduan teknikal.
Dengan kepakaran dan kemahiran dalam pemasaran berbayar dan konten perniagaan sejak tahun 2014, Azmi telah dijemput sebagai jurulatih untuk melatih pasukan pemasaran di syarikat-syarikat SME serta program latihan HRDF.
Pengalamannya berkhidmat sebagai Pengurus Media Sosial dan Eksekutif Media Sosial di syarikat terdahulu turut memantapkan lagi kemahirannya dalam pengurusan kempen pemasaran, penyediaan bahan pemasaran dan penulisan iklan.